APAKAH KITA MINUM AIR YANG BERSIH?

Back to News

 

Air bukan sahaja penting kepada semua manusia, tetapi ia juga amat sangat diperlukan oleh haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Bekalan air yang tidak mencukupi atau tidak ada mengakibatkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan mati kerana kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan.

Sebagai contoh, unta akan haus dan mati jika tidak minum air selama lapan hari. Manusia juga akan mati tiga hari kemudiannya tanpa minum air.

Menurut Dr Bae ( seorang professional megenai kajian air ), oksigen dan air dianggap sebagai punca hidup untuk semua makhluk.

Adanya air bermakna adanya nyawa. Terdapat 70 peratus air dalam tubuh badan manusia. Seseorang yangkekurangan protein sebanyak 50 peratus, karbohidrat dan lemak, masih boleh hidup lagi untuk waktu yang panjang.

‘’Bagaimanapun, seseorang itu akan meniggal dunia sebaik sahaja hilang terlalu banyak air,’’ kata Dr. Bae.

Menurut Dr. Bae, biasanya manusia memasak air sebelum diminum, bagi menjamin semua kuman telah dibunuh oleh haba yang tinggi. Malangnya, langkah ini telah memusnakan garam galian yang terkandung didalam air itu.

Menurut Dr. Bae lagi, pada masa kini, sungai-sungai di bumi ini telah tecemar oleh kuman-kuman yang bahaya. Oleh itu kerajaan telah mengambil tindakan dengan melarutkan klorin ke dalam air sebagai langkah berkesan membunuh kuman-kuman yang larut didalam air itu.

‘’Tetapi kita harapkan pagar, pagar makan padi, bila bertambahnya klorin yang dilarutkan kedalam kolam itu, ia akan bertindak-balas dengan asid humik dan menghasilkan satu jenis sebatian kimia-klorofom yang menyebabkan penyakit barah.

Air boleh mendatangkan maut bila keadaanya tidak boleh diterima oleh badan kita. Sebagai contohnya, air berklorid-hasil pencemaran alam sekitar dari perkilangan dan pertanian mampu mengamcan kesihatan.

Sebagai cara untuk mengelakkan dari berlakunya tragedy penyakit, anda dianjurkan meminum air bergalian. Dalam air semulajadi ini, ada kandungan natrium, kalsium, magnesium, besi kuprum, zink dan titanium serta kloron, iodine, tosterus, amsenium, sulfur dan selenium.

Menurut Dr. Bae, bila kandungan kalsium dan magnesium dalam air berkurangan, penyakit seperti sakit jantung dan darah tinggi mengancam kesihatan seseorang.

Kalsium dan magnesium juga merupakan unsure yang menghasilkan keseimbagan dalam badan. Oleh itu, makanan yang seimbang dapat membekalkan kandungan kalsium yang mencukupi setiap hari.

‘’ Tetapi kalsium yang larut dalam air paling senang diserap oleh badan kita,’’ ujar Dr Bae lagi.

Pada masa kini pihak perubatan telah membuktikan bahawa air suling tidak mengandungi sebarang benda asing dan garam galian, tetapi nyaranya mengakibatkan pergerakkan perut tidak cekap.

‘’Ini adalah kerana kekurangan garam galian dan Karbon Dioksida dalam air suling,’’kata Dr. Bae lagi.

Untuk memperolehi tulang dan gigi yang sihat bagi kanak-kanak yang sedang membesar, para ibubapa harus memberikan anak atau bayi mereka dengan garam begalian.

Galian garam asli ini dapat mencegah pembekuan darah yang terus , mencegah kuman taun, cacat angota, sakit pinggang dan menghalang pengidapan penyakit barah.

Bagi kanak-kanak yang kurang garam galian, menurut Dr. Bae, mudah mengidap penyakit seperti kecacatan tulang rangkadan gigi serta pelbagai jenis penyakit kulit yang sukar untuk dipulihkan.

Air begalian terbukti telah menjadi air minuman yang paling disukai ramai : terutamanya penduduk di Benua eropah dan Amerika Syarikat.

‘’ Sebagai contoh, Queen Elizabeth, Presiden Jerman Barat dan Amerika Syarikat sentiasa membawa air galian dan meminumnya sebagai minuman utama kegemarannya ketika melawat ke luar negeri, ‘’ ujar Dr Bae lagi.

Kenapa kita menjadi letih dan lesu? Dr. Bae menjawab, kerana kita telah banyak kehilangan kalsium dari badan kita, Kalsium yang berkhasiat dari kandungan air galian bermanfaat menjaga kesemimbagan tubuh.

Kalsium adalah garam galian utama yang diperlukan oleh badan. Kekurangan kalsium bermakna, orang itu tidak sihat. Kalsium diperlukan dalam proses pembesaran manusia.

Sesungguhnya, air ialah punca kesihatan yang tidak boleh diabaikan untuk semua benda hidup. Kenalah anda pilih air galian yang mengandungi klorin dan terkandung banyak jenis garam galian.

Air bergalian yang berakali dapat menuteralkan asid makanan dalam perut. Ia juga merendahkan kandungan gula dalam darah dan darah dan kencing serta melarutkan asid urik untuk mengelakkan daripada diracuni oleh asid.

Zat makanan yang larut di dalam air diserap oleh sekum dan seterusnya ke aliran darah dan saluran limpa untuk keperluan badan. Air bergalian adalah sebagai bahantara untuk tindakbalas kimia dan menyebabkan di dinding sel menjadi tegap.

Nyatalah, menurut Dr. Bae lagi, kandungan mutu air sangat mempengaruhi kesihatan manusia. Mulai dari sekarang ini, anda kenalah menyediakan air bergalian atau ‘mineral water’ sebagai sumber kesihatan sehari-hari.
 

Petikan Dari – Media Permata 28/08/99
 

 

Back to News