H2O = Kehidupan
Tahukah Awda?

Back to News

 

Air, al-ma’un, water, shui, voda, agua, eau adalah merujuk kepada perkataan air yang digunakan dalam bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Cina, Russia, Sepanyul dan Perancis.

Sel badan memerlukan air untuk berfungsi. Air sangat penting dalam tubuh untuk membantu pertumbuhan jaringan otot, pencernaan, penyerapan bahan makanan, melancarkan perkumuhan, mengagihkan zat makanan, mengatur peredaran udara dan suhu badan supaya tetap stabil.


Darah manusia terdiri daripada 95 peratus air; tulang pula 22 peratus air dan 75 peratus daripada otak manusia adalah air. Tanpa makanan, manusia boleh bertahan hidup hingga 14 hari. Tetapi tanpa air, tubuh manusia hanya akan dapat bertahan selama beberapa hari. Di samping itu, air sangat berguna untuk memelihara tulang-tulang sendi dan kelembapan otot tubuh badan dan mata, paru-paru dan system pernafasan.

 
 

 

Back to News