Air,
al-ma’un, water, shui, voda, agua, eau adalah
merujuk kepada perkataan air yang digunakan dalam
bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Cina, Russia,
Sepanyul dan Perancis.
Sel badan memerlukan air untuk berfungsi. Air sangat
penting dalam tubuh untuk membantu pertumbuhan
jaringan otot, pencernaan, penyerapan bahan makanan,
melancarkan perkumuhan, mengagihkan zat makanan,
mengatur peredaran udara dan suhu badan supaya tetap
stabil.
Darah manusia terdiri daripada 95 peratus air;
tulang pula 22 peratus air dan 75 peratus daripada
otak manusia adalah air. Tanpa makanan, manusia
boleh bertahan hidup hingga 14 hari. Tetapi tanpa
air, tubuh manusia hanya akan dapat bertahan selama
beberapa hari. Di samping itu, air sangat berguna
untuk memelihara tulang-tulang sendi dan kelembapan
otot tubuh badan dan mata, paru-paru dan system
pernafasan. |